Sejarah Pusat Sumber Sekolah
Pada tahun 1940, beberapa pemimpin masyarakat tempatan telah
berunding untuk menubuhkan sekolah dan dengan itu lahirlah Sekolah Cina Hua Min
yang terletak di kawasan perumahan ladang getah. Bangunan sekolah diubahsuai
daripada pentas tokong oleh Encik Lee Sah, salah seorang tokoh penubuhan
sekolah ini. Encik Lee Sin Yi dilantik sebagai guru besar yang pertama.
Namun, Sekolah Cina Hua Min ditutup pada tahun 1942 kerana
Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
Pada tahun 1952, penduduk-penduduk Kampung Baru sekali lagi
berusaha untuk menubuhkan sekolah. Sekolah yang ditubuhkan itu dinamakan
Sekolah Rendah Cina Kampung Baru Gedok.
Encik Ho bersara pada tahun 1955 dan digantikan oleh Encik
Sin Geok Pheng. Oleh sebab sekolah ini tiada bangunan Pusat Sumber, maka pada
tahun 1996 PIBG telah berusaha untuk mengubahsuai Balai Raya yang terletak di
sebelah kawasan sekolah untuk dijadikan Perpustakaan dan Bilik Sumber. Satu
tahun kemudian, bilik computer telah diadakan dengan kelengkapan 9 buah
computer yang diperoleh melalui kempen kutipan derma.
没有评论:
发表评论